Rabu, 21 Mac 2018

BAB 7

LARAS BAHASA


Definisi :
⬻Gaya dan penggunaan sesuatu bahasa.
⬏Gaya merujuk kepada pelisanan dan penulisan.
→Penggunaan merujuk kepada penutur, pendengar, situasi, topik dan tujuan perbincangan.


Perbezaan Laras Bahasa :


 Laras bahasa digunakan dalam 2 ciri iaitu :


Ciri-ciri keperihalan
- Situasi Luaran
- Situasi Persekitaran


Ciri-ciri linguistik
- Aspek Bunyi
- Aspek Perkataan
- Aspek Ayat


Situasi Luaran

maksudnya ialah latar belakang sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa. 
merangkumi struktur sosial dan keseluruhan cara hidup yang menentukan tindak-tanduk anggota masyarakat.


 Situasi Persekitaran

cara penyampaian 
perhubungan sosial dan peribadi 
bahan 
Fungsi sosial


Ciri-ciri Linguistik

⏩ Aspek bunyi 
⏩ Aspek perkataan 
⏩ Aspek ayat


Jenis-jenis Laras Bahasa

Laras Bahasa Biasa 
Laras Bahasa Iklan / Perniagaan 
Laras Bahasa Sains 
Laras Bahasa Media Massa 
Laras Bahasa Rencana 
Larasa Bahasa Undang-Undang 
Laras Bahasa Agama
Laras Bahasa Sukan
Laras Bahasa Sastera / Kreatif
Laras Bahasa Ekonomi
Laras Bahasa Akademik


Laras Bahasa Biasa

Tiada konteks khusus atau melibatkan sebarang bidang ilmu 
Penggunaan dalam perbualan harian 
Tiada istilah khusus 
Struktur ayat adalah mudah, ringkas dan padat 
Kata pinjaman tidak banyak digunakan 
➮Tidak terdapat istilah teknikal 
Bentuk laras bahasa biasa formal digunakan dalam situasi rasmi sahaja 
Bentuk laras bahasa biasa tidak formal menggunakan ciri-ciri bahasa basahan
➮Contoh : Hai Mat ! Nak ke mana tu? Tak singgah dulu?


Laras Bahasa Iklan / Perniagaan

⇒Untuk menyampaikan maklumat berkesan 
⇒Pemberitahuan fakta yang jelas amat dipentingkan 
⇒Ayat ringkas dan pendek (banyak guna kata sifat) 
⇒Sifat bahasa adalah imaginatif dan kreatif 
⇒Penggunaan bahasa retorik 
⇒Tidak mementingkan tatabahasa 
⇒Guna pernyataan tertentu 
⇒Contoh : Percuma, sebiji lampu suluh bermutu tinggi dengan setiap pembelian minyak Unicorn empat liter.


Laras Bahasa Sains

Laras ilmiah, berbahasa moden, bersifat formal dan menidakkan bahasa basahan 
Istilah sains dan teknikal adalah banyak 
Mempunyai sifat intelektual, saintifik, formal dan objektif berdasarkan kajian dan fakta 
Ada istilah pinjaman 
Dibahagikan kepada subbidang seperti laras fizik, biologi, kimia dan teknologi 
Terdapat banyak penggunaan kata nama dan ragam ayat pasif 
Contoh: Apabila akson berada dalam keadaan rehat kepekatan ion pada tiap-tiap sisi selaput itu amatlahberbeza,iaitu selaput itu terkutub.


Laras Bahasa Media Massa

💨Peranan media massa adalah untuk melapor atau menyampaikan berita dengan bahasa yang paling mudah diterima pendengar dan pembaca 
💨Laras media massa tidak mementingkan tatabahasa, seperti imbuhan dan kata hubung.
💨Tiada istilah teknikal dan khusus 
💨Judul berita disampaikan dalam tigabentuk iaitu: 
💨Ringkas, misalnya Kedah Juara TigaPiala 2007;Piala 2007; 
💨Tafsiran, misalnya Peningkatan JumlahTafsiran, misalnya Peningkatan JumlahKenderaan Punca Jerebu.Kenderaan Punca Jerebu. 
💨Petikan,misalnya Jangan PolitikkanPetikan,misalnya Jangan Politik kan Islam Hadhari - PMIslam Hadhari - PM


Laras Bahasa Rencana

⇒Bersifat umum 
⇒Menampilkan berbagai-bagai idea tentang sesuatu isu 
⇒Gaya bahasa mudah difahami 
⇒Melaporkan sesuatu kepada pembaca secara umum ataupun terperinci 
⇒Contoh : Oleh kerana baru dilancarkan, kejayaan model terbaru Proton, ‘Proton Satria GTi’ masih belum dapat diukur. Pelbagai aspek seperti pilihan pembeli, faktor reka bentuk, kemudahan mendapatkan alat ganti dan ketahanannya perlu diambil kira. Model terbaru ini pastinya berhadapan dengan pelbagai rintangan sebelum model ini berkemampuan untuk menguasai pasaran dalam dan luar negara. 


Laras Bahasa Undang-Undang

⇒Teks bersabit dengan perundangan yang mengandung prinsip undang-undang tertentu dan berbentuk akta (bahagian dan seksyen) 
⇒Terdapat istilah khusus yang kebanyakannya dipinjam daripada bahasa Inggeris 
Makna kosa kata berdasarkan intepretasi 
⇒Struktur ayat tidak diutamakan, tetapi kepersisan dan kejelasan dipentingkan 
⇒Bersifat objektif, terperinci, tepat dan padat 
⇒Tiada graf atau gambar 
⇒Binaan ayat adalah panjang 
⇒Contoh : Defenden membantah pada awal prosiding kerana tidak bersetuju dengan cadangan plainitif untuk mengemukakan saksi-saksi yang dikatakan tidak relevan dengan perbicaraan berkenaan. 


Laras Bahasa Agama

#Membincangkan isu agama 
#Ada istilah pinjaman
#Terdapat petikan
#Terdapat tamsil ibarat atau kias ibarat untuk pengajaran
*Contoh: Dari Anas r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Seseorang muslim yang menanam pohon atau tanam-tanaman , lalu sebahagian hasilnya dimakan burung, manusia, atau binatang, maka orang yang menanam itu mendapat pahala


Laras Bahasa Sukan

⇒Menyampaikan maklumat kegiatan sukan 
⇒Bahasa adalah ringkas, bersahaja dan jelas 
⇒Ada istilah aktiviti sukan 
⇒Kosa kata mudah difahami 
⇒Contoh : Perak menjuarai kejohanan bola sepak Piala Malaysia 1998 selepas menewaskan Terengganu dengan jaringan tipis 1-0 di Stadium Nasional malam tadi.


Laras Bahasa Sastera / Kreatif

⇒Laras bahasa terhasil daripada cetusan imaginasi dan pengalaman 
⇒Ada istilah khusus tentang sastera 
⇒Bersifat figuratif (penyimpangan makna daripada bahasa biasa) 
⇒Mementingkan pemilihan diksi berkesan, bahasa tersirat 
⇒Ada unsur seperti metafora(perbandingan-lautan ilmu), kiasan-, imejan, personifikasi Melambai-lambai) dan hiperbola/berlebih-lebihan( 
⇒Bernada puitis dan bersifat komunikatif 
⇒Contoh : Apabila berbicara mengenai kesusasteraan, kita sebenarnya akan membincangkan beberapa aspek seperti tema, kronologi, mesej yang ingin disampaikan, watak dan perwatakan unsur termasuk personifikasi dan metafora.


Laras Bahasa Ekonomi

⇒Berbentuk ilmiah tentang isu ekonomi 
⇒Ada istilah teknikal ekonomi 
⇒Tidak mengutamakan struktur ayat 
⇒Gaya bahasa formal 
⇒Maklumat jelas dan eksplisit 
⇒Fakta berdasarkan bukti data dan statistik 
⇒Contoh: Jumlah dagangan negara melonjak ke tahap yang tertinggi sebanyak RM 880.37 bilion pada tahun 2004, didorong oleh sektor eksport yang turut merekodkan nilai terbesar dalam sejarah ekonomi negara.


Laras Bahasa Akademik

Bersifat ilmiah, formal dan objektif.
Gaya bahasa menunjukkan kematangan dan keintelektualan (berkeupayaan menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan) 
Ada kesempurnaan bahasa (kestabilan, kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan keindahan) 
Istilah bersifat khusus dan sukar difahami oleh orang yang tidak berpendidikan tinggi.
Terdapat penulisan ragam ayat pasif dan ayat majmuk.
Mengutamakan pemaparan, perbincangan dan penghuraian.
Ada format seperti nota kaki, bibliografi dan indeks 
Contoh laras sains dalam bidang biologi : Sel-sel kelenjar kolon merembeskan mukus yang berfungsi dalam melicinkan pergerakan kandungan kolon ke arah rektum. Tidak terdapat enzim yang dirembeskan di bahagian kolon. Cecair yang dirembeskan bersifat alkali.


 Kepentingan Laras Bahasa

Laras bahasa amat penting.
➽Jumlah laras sesuatu bahasa mencerminkan keadaan bahasa itu dan dapat menjadi ukuran maju-mundurnya. 
➽Perbandingan jumlah laras bahasa Melayu sebelum dan sesudah merdeka, misalnya dapat membuktikan hakikat bahawa bahasa Melayu telah mengalami perkembangan yang amat pesat – bertambah dengan pesat. 
➽Penutur-penutur bahasa Melayu sewajarnya mengenali laras-laras utama bahasa Melayu. 
➽Lebih penting mesti tahu membezakan antara laras formal dengan laras tidak formal supaya tidak timbul penggunaan laras yang tidak sesuai dengan situasi tertentu. 
➽Kumpulan pemimpin dan mereka yang terlibat dengan media massa perlu sentiasa peka dengan penggunaan laras yang sempurna kerana kadang kala menjadi teladan. 
➽Laras baru seharus dipelajari sebagai satu kemahiran. – Dicadangkan pada tahap persekolahan lagi.


~💓💓💓~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BAB 8

BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN Apakah maksud Kesantunan Bahasa? -Santun  : halus, beradap, sopan.  -Kesopanan : perihal (sifat dsb) san...