Ahad, 18 Mac 2018

BAB 5

SISTEM TATABAHASA


SINTAKSIS

Bidang yang mengkaji proses pembentukan ayat.


DEFINISI SINTAKSIS

Bidang kajian tentang prinsip dan proses pembinaan ayat dalam bahasa tertentu. Prinsip bermaksud aturan atau rumus yang memungkinkan berlakunya pembinaan ayat. Dalam tatatingkat tatabahasa, sintaksis menggarapkan: frasa, klausa, dan ayat.

TATABAHASA

Peraturan tentang pembentukan kata dan penggabungan kata dengan perkataan lain untuk menghasilkan ayat yang gramatis.

DEFINISI AYAT

Unit yang paling tinggi dalam tatatingkat tatabahasa. Ayat diucapkan dengan dimulai dengan kesenyapan dan diakhiri dengan kesenyapan. Ayat diucapkan dengan intonasi yang sempurna dan mengandung makna yang lengkap. Ayat terdiri daripada subjek dan predikat.



SUSUNAN AYAT

Susunan Biasa – iaitu subjek ayat mendahului predikat.
  • Pemandangan di kawasan itu sungguh cantik. 
  • Tugasan itu siap juga akhirnya. 
  • Rombongan itu belum tiba lagi 
  • Hadiah itu daripada pihak penganjur. 

Susunan Songsang – Pendepanan Seluruh Predikat dan Predikat ayat mendahului subjek.
  • Sungguh cantik pemandangan di kawasan itu 
  • Siap juga akhirnya tugasan itu. 
  • Belum tiba lagi rombongan itu. 
  • Daripada pihak penganjur hadiah itu.

Susunan Songsang – Pendepanan Sebahagian daripada Predikat

Pendepanan Frasa Kerja:

i. Kata kerja sahaja
- Wanita itu terduduk di tepi tangga.
-Terduduk wanita itu di tepi tangga.
- Mereka berbaring di bawah pokok.
-Berbaring mereka di bawah pokok.

ii. Kata kerja dengan objek
-Kakak membeli buku di kedai itu.
-Membeli buku kakak di kedai itu.

-Mereka membaca buku di situ.
-Membaca buku mereka di situ.


iii. Bantu dengan kata kerja
- Penari-penari itu masih berlatih di dewan.
-Masih berlatih pena Katari-penari itu di dewan.

-Adik saya pernah melawat ke Putrajaya.
-Pernah melawat adik saya ke Putrajaya.

Pendepanan Frasa Adjektif

i. Kata adjektif sahaja
-Tubuhnya lesu sepanjang hari.
-Lesu tubuhnya sepanjang hari.

ii. Kata bantu dengan kata adjektif
- Buah rambutan itu belum tentu manis.
- Belum tentu manis buah rambutan itu.

Pendepanan Frasa Sendi Nama

i. Keseluruhan frasa sendi nama
- Arahan itu daripada Dekan Fakulti Pengurusan Perniagaan.
-Daripada Dekan Fakulti Pengurusan Perniagaan arahan itu.

ii. Hadir sebagai unsur keterangan dalam ayat
- Rombongan itu akan bertolak pada pukul 10.00 pagi. 
-Pada pukul 10.00 pagi rombongan itu akan bertolak.



RAGAM AYAT

1. Ayat Aktif

Ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai unsur diterangkan.
  • Penyalahgunaan dadah mengancam keselamatan negara. 
  • Ibu membelikan adik sehelai baju.
2.  Ayat Pasif

Terbentuk daripada ayat aktif transitif dan mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai unsur yang diterangkan.
  • Keselamatan negara diancam oleh penyalahgunaan dadah. 
  • Adik dibelikan oleh ibu sehelai baju.


JENIS-JENIS AYAT

1. Ayat Penyata
Ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan atau keterangan tentang sesuatu hal.
Contoh :
Lelaki berbaju biru itu abang saya

2. Ayat Tanya

Ayat yang digunakan dengan tujuan menanyakan sesuatu hal.
Contoh :
Mereka telah bertolak ke Sabah ?

3. Ayat Perintah

Ayat yang digunakan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan.

↱Ayat Suruhan
iaitu diucapkan dengan tujuan memberi perintah atau arahan.
Contoh :
Keluarlah dari sini sekarang juga

Ayat Larangan
Menggunakan kata larangan seperti jangan, usah atau tak usah sebelum kata kerja.
Tujuan untuk menegah seseorang melakukan sesuatu.
Contoh :
Janganlah kamu suka bertengkar dengan mereka.
Tak usah engkau pedulikan kata-katanya itu.

↱Ayat Silaan
Menggunakan kata silaan seperti sila dan jemput.
Tujuan untuk menjemput atau mempersilakan seseorang.
Contoh :
Sila kembalikan buku yang kamu pinjam itu sebelum hari Jumaat.
Jemputlah menjamah makanan yang terhidang itu.

↱Ayat Permintaan
Menggunakan kata permintaan seperti tolong dan minta.
Tujuan memohon permintaan dan pertolongan.
Contoh :
Minta bersabar sebentar sementara menunggu gangguan elektrik pulih.
Tolong tutup pintu belakang itu.


4.   Ayat Seruan

Menggunakan kata seru seperti oh, amboi, wah, cis, eh, aduh, syabas. 
Tujuan untuk melahirkan suatu keadaan perasaan – takut, gembira, marah, takjub, sakit. 
Dalam tulisan diakhiri dengan tanda seruan (!)
Contoh :
Wah, gagahnya budak itu !
Aduh, sakitnya kepalaku ini !


BENTUK AYAT

1. Ayat Tunggal

Terdiri daripada satu subjek dan satu predikat sahaja
Contoh :
⇢Dia membunuh perompak itu
⇠Membunuh perompak itu dia.



2. Ayat Majmuk

Mengandungi lebih daripada satu subjek atau predikat.

a. Ayat Majmuk GabunganTerdiri daripada dua atau lebih ayat yang dijadikan satu.
Menggunakan kata hubung – dan, atau, tetapi, sambil, lalu, serta
Contoh :
Ali suka bermain hoki dan dia selalu berlatih dengan rakan-rakannya.
👇
1.Ali suka bermain hoki . 
2.Dia selalu berlatih dengan rakan-rakannya.



b. Ayat Majmuk Pancangan
Terdiri daripada satu ayat induk atau utama dengan satu atau beberapa ayat atau klausa kecil.
Ayat induk boleh berdiri sendiri tetapi ayat kecil tidak.

i. Ayat Majmuk Pancangan Relatif
Menggunakan kata hubung relatif yang . 
Digunakan untuk memancangkan klausa kecil ke dalam klausa induk
Contoh : 
Saya membaca buku yang ditulis oleh Keris Mas
👇
1.Saya membaca buku .(klausa induk) 
2.(Buku) ditulis oleh Keris Mas.(klausa kecil)




ii. Ayat Majmuk Pancangan Komplemen
Ayat yang terdiri daripada klausa induk dengan klausa kecil dipancangkan untuk melengkapi kata kerja dalam ayat induk. 
Menggunakan kata hubung bahawa dan untuk

Contoh :
Dia menerangkan bahawa ayahnya sakit tenat
👇
1.Dia menerangkan sesuatu .(klausa induk) 
2.Ayahnya sakit tenat. (klausa kecil)





Kata Hubung Pancangan Keterangan




Contoh ayat :
1. Mereka berjaya kerana mereka berusaha
2. Lantaran bermain mercun buatan sendiri, Jamil kehilangan dua batang jarinya.
3. Ia bersorak sungguh kuat hingga serak tekaknya.
4. Mereka mencuba sedaya upaya sehingga perniagaan mereka berjaya.
5. Kita hendaklah jimat berbelanja untuk menjaga keadaan kewangan kita.
6. Demi kebaikan semua pihak, marilah kita bekerjasama

c. Ayat Majmuk Campuran
Ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, yakni campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan ayat majmuk. Ayat jenis ini biasanya panjang.
Contoh :


Dia mengambil buku yang baru dibeli itu lalu masuk ke bilik tidur.
👇
1.Dia mengambil buku yang baru dibeli itu. [Ayat majmuk pancangan relatif] 
2.Dia masuk ke bilik tidur.[Ayat tunggal]


~😆😆😆~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BAB 8

BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN Apakah maksud Kesantunan Bahasa? -Santun  : halus, beradap, sopan.  -Kesopanan : perihal (sifat dsb) san...