Jumaat, 23 Februari 2018

BAB 3

Proses Pembentukan Kata


Peristilahan kata umum Bahasa Melayu

Mana-mana kata umum dalam bahasa Melayu (termasuk kata dari dialek kawasan atau bahasa lama boleh dijadikan istilah dengan syarat:

1) Kata berkenaan tepat memberi makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang dimaksudkan.

2) Kata yang dipilih adalah yang paling singkat (sekiranya ada sekelompok sinonim).
   Contoh:
   • hospital dan rumah sakit, dipilih hospital
   • fisiologi dan kaji tugas organ, dipilih fisiologi.

3) Kata berkenaan tidak mempunyai konotasi buruk atau sebutan sumbang.



Unsur dan Proses tatabahasa dalam peristilahan

 Penggunaan Kata Akar/Bebas

Istilah dapat dibentuk daripada kata akar (yakni kata bebas).

  Misalnya: gaya,sudut, kaji, rumpuk, watt, volt, asid.

  Proses Pengimbuhan

Susunan istilah berimbuhan menunjukkan pertalian yang tersusun antara bentuk dan maknanya. 

• Susunan itu hendaklah dimanfaatkan dalam pembentukan istilah yang berbeza-beza.




  Proses Penggandaan

Istilah yang mengungkapkan konsep keanekaan, kemiripan (kecil), kumpulan, atau kejamakan dapat dibentuk dengan penggandaan. 

•Contoh : 


     ⤑ kacang kacang-kacang 


     ⤑ jari jejari 


     ⤑ rumput rerumput

  Proses Penggabungan

Istilah yang berupa gabungan kata sedapat-dapatnya berbentuk singkat. 

•Contoh : 


     ⇰ Meja tulis 


     ⇰ Kerjasama 


     ⇰ Kapal korek



Istilah singkatan dan lambang

1. Singkatan

•Istilah singkatan terbentuk dengan empat cara melalui penggunaan: 

(a) Menggugurkan satu bahagian atau lebih daripada dasarnya.
       contoh : lab (oratory) 

(b) Menyingkatkan huruf ejaan, tetapi sebutannya seperti bentuk lengkap.
        contoh: cm – sentimeter 

(c) Menggabungkan suku kata atau bahagian kata.
       Contoh : tadika / cerpen/ kugiran 

(d) Menggabungkan huruf pangkal setiap kata, istilah begini dipanggil akronim. 
       Contoh : JKR (Jabatan Kerja Raya) / TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia).


2. Lambang Huruf dan Bilangan

⇏   Lambang huruf dan bilangan ialah singkatan khusus berdasarkan kebiasaan yang terdiri daripada satu huruf atau lebih tanpa titik di belakangnya, dan digunakan untuk menandai sesuatu konsep. 


  Nama dan lambang unit mengikut System International d’Unites (SI) (Sistem Unit Antarabangsa).





3. Lambang Gambar

➤   Konsep dapat dinyatakan oleh lambang yang berupa gambar. 

➤ Pembentukan dan penggunaan lambang gambar harus mengikuti peraturan yang disahkan       oleh bidang masing-masing. 

       Contoh : 
                      • jantan ♂ 
                      • matahari ☼
                      • omega Ω




Kaedah pengejaan istilah Pinjaman

1. Jenis Ejaan

Ejaan Grafemik 
  •  Ejaan rumi 

Ejaan Etimologi / Asal

  • Jika timbul kekaburan seperti istilah yang sama sebutan dan ejaan seperti media massa, kedua-dua sekali dikekalkan dalam massa supaya tidak timbul kekeliruan dengan masa. 
Ejaan Transliterasi 
  • Contoh transliterasi Arab : bismillahirrahmanirrahim. 

Ejaan Transkripsi 
  • Istilah asing yang diserapkan ke dalam bahasa Melayu tanpa diterjemahkan seperti; 

💖 bureau – biro 
💖 police – polis 
💖 ambulance - ambulans

2. Penyesuaian Ejaan

istilah asing yang pengucapannya sudah sebati dalam bahasa Melayu seperti; pencen, stesen tidak  diubah.


ᗚ istilah asing yang belum sepenuhnya terserap ke dalam bahasa Melayu seperti landrover, ad hoc dikekalkan seperti dalam bahasa sumber.

istilah yang baru dipinjam dan belum sebati daripada segi sebutan dan ejaan dilakukan dengan cara mengubah unsur yang perlu saja supaya bentuk ejaan asal masih terlihat seperti: 
•haemoglobin = hemoglobin, 
•automatic = automatik


3. Penyesuaian Ejaan Imbuhan Asing

Pada pihak lain imbuhan asing dapat diserap sebagai imbuhan yang boleh pula digunakan untuk pembentukan istilah lain. 

Daripada satu pihak, imbuhan asing dapat dianggap sebagai sebahagian daripada kata istilah yang hendak diserap. Ia jarang dianggap sebagai imbuhan. 
Contoh:
            •Aktif 
         

            •Primer 
            •antropologi.
            •inframerah
            •Prasejarah
            •semivokal

4. Gugus Konsonan

Gugus konsonan yang dimiliki bahasa Melayu adalah khusus bagi menulis kata/istilah pinjaman daripada bahasa Inggeris dan bahasa asing lain. Contoh:




😉😉😉

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BAB 8

BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN Apakah maksud Kesantunan Bahasa? -Santun  : halus, beradap, sopan.  -Kesopanan : perihal (sifat dsb) san...