Jumaat, 23 Februari 2018

BAB 4


PEMBENTUKAN KATA NAMA BAHASA MELAYU


PEMBENTUKAN KATA NAMA






KATA NAMA TUNGGAL

👉 Ialah perkataan yang terdiri daripada satu morfem bebas dan tidak mengalami pengimbuhan,         pergandaan, dan pemajmukan. 

👉 Contohnya:





JENIS KATA TUNGGAL







BENTUK KATA TUNGGAL SATU SUKU KATA


💫 KV={yu,ru,ya} 

      

💫 VK={am} 
  


💫 KVK={cat,wang,bah}

💫 KKVK={stor,gred,skor}

💫 KVKK={teks,bank,zink}

💫 KKKV={skru}

💫 KKKVK={skrip,spring,straw}


BENTUK KATA TUNGGAL DUA SUKU KATA

💫 V + KV = { aku,apa, ubi} 
 
💫 V +VK= {air,aur,ais} 
 
💫 V + KVK= {adik,emas,ubat} 
 
💫 VK+ KV= {undi,impi ,angkan} 
 
💫 VK + KVK={ambil,umpan,angkat} 
 
💫 KV + V= {Dua,doa,tua} 
   
💫 KV + VK= {jauh,tuah,buah} 

💫 KV +KV= {jala,pasu,buku} 

💫 KV +KVK= {kapal,telur,sikat} 

💫 KVK + KV= {lampu,binti,tunggu} 

💫 KVK +KVK= {bangsal,bintang,tampung}




BENTUK KATA TUNGGAL EMPAT SUKU KATA ATAU LEBIH

💫 KV+KV+VK+KV={keluarga,biduanda} 
 
💫 KV+KVK+KV+KV={sederhana,sayembara} 
  
💫 KVK+KV+KV+KV+{laksamana,sandiwara} 
 
💫 KVK+KV+V=KV={sentiasa} 
 
💫 KV+KV+KV+KV={bidadari,serigala} 
 
💫 KV+KV+KV+KVK={munasabah,hulubalang} 
 
💫 KVK+KV+KV+KVK={sentimeter} 
 
💫 KVK+KVK+KV+KV={singgahsana} 
 
💫 KV+KV+V+KVK={mesyuarat,nasional} 
 
💫 V+KV+KVK+KV+KV={universiti} 
 
💫 KVK+KV+KV+KV+KVK={cenderawasih} 
 
💫 KV+KV+KV+KV+KV+KV={maharajalela}



BENTUK KATA AKRONIM

⬷ Tergolong dalam kata tunggal 
⬷ Akronim boleh ditulis dalam 3 cara :






Gabungan beberapa huruf awal rangkai kata

 Contoh: 
  • ABIM-Angkatan Belia Islam Malaysia 
  • IKIM-Institut Kemahiran Islam Malaysia 
  • ADUN- Ahli Dewan Undangan Negeri


Gabungan suku kata dengan huruf awal/gabungan suku kata dengan suku kata

 Contoh: 
  • Mara-Majlis Amanah Rakyat 
  • Perkim-Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia 
  • Bernama-Berita Nasional Malaysia


Gabungan suku kata dengan suku kata (ditulis dengan huruf kecil kesemuanya)
 Contoh: 
  • tabika - taman bimbingan kanak-kanak 
  • kugiran - kumpulan gitar rancak 
  • cerpen - cerita pendek



KATA NAMA TERBITAN

Kata nama Terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan. 
Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan.




Contoh-contoh imbuhan :






Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama terbitan terdiri daripada beberapa kelas iaitu :-







KATA TERBITAN BERSISIPAN


👉 Wujud dalam Kata Nama, Kata Adjektif dan Kata Kerja 



Contoh: 

👄 Sisipan kata nama 

  • -el- (kelengkeng,telunjuk,kelabut) 
  • -er- (keruping,seruling,serabut)

👄 Sisipan kata adjektif

  • -el- (kelebek,selerak,gelembung) 
  • -er- (gerodak) 
  • -em- (gemilang,semerbak,gemerlap) 
  • -in- (sinambung) 

👄 Sisipan kata kerja

  • -el- (jelajah,gelegak)




KATA MAJMUK

💜 Perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan dua kata dasar atau lebih 

💜Perkataan yang terhasil membawa makna tertentu, bertindak sebagai satu unit dan  lazimnya dieja terpisah.


Contoh :

                      
                       



💣 Kata majmuk hendaklah dibezakan daripada frasa. 
   
💣 Dua perkataan digabungkan menjadi kata majmuk bertindak sebagai satu unit dengan maksud tidak boleh menerima sebarang penyisipan. 
   
Contoh: 

               Antara rumah batu, tidak dapat disisipkan perkataan yang (*rumah yang batu)                     atau perkataan dan (*rumah dan batu).



                                   
                             

                                    





Kata majmuk rangkai kata bebas





Kata majmuk istilah khusus






Kata majmuk simpulan bahasa atau kiasan






Kekecualian Bentuk Kata Majmuk

💥Kata ini dieja sebagai satu perkataan walaupun sebenarnya terdiri daripada dua kata dasar. 
  
💥 Bentuk ini dianggap sudah mantap dan disenaraikan seperti berikut:








Penggandaan Kata Majmuk

💦Apabila kata majmuk digandakan hanya melibatkan unsur pertama sahaja. 

💦Bagi kata majmuk yang terdiri daripada simpulan bahasa dan bentuk yang telah mantap, penggandaan melibatkan seluruh unsurnya seperti yang berikut:



                                                        


                                                         




Kata Ganda

Kata dasar yang mengalami proses pengulangan 
  
⤮ Berlaku dalam dua cara, iaitu yang melibatkan seluruh kata dasar dan pengulangan yang melibatkan sebahagian kata dasar sahaja.  
  
⤮ Semua golongan kata yang terdiri daripada kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas dapat membentuk kata ganda



Jenis Kata Ganda
  
🚀 Penggandaan Separa
🚀 Penggandaan Separuh 

🚀 Penggandaan Berentak




Penggadaan Penuh

🚥 Penggandaan penuh ialah proses menggandakan keseluruhan kata dasar, sama ada kata dasar itu berimbuhan atau tidak. 

   Contoh :
                  🎉 Cantik-cantik
                  🎉 Penderma-penderma
                  🎉 Jalan-jalan
                  🎉 Bangunan-bangunan
                  🎉 Orang-orang



Penggandaan Separa
🎲 Proses menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. 
  
       Contoh : sesiku, jejari, lelangit dan kekuda 

🎲 Jika penggandaan separa digunakan pada kata terbitan, hanya kata dasar yang utama  sahaja yang digandakan tanpa melihat imbuhannya 
  
       Contoh : Tinjau-meninjau ,Bergaduh-gaduhan , Benci-membenci




Penggandaan Berentak

💐  Proses menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar. 

💐Terdapat 3 bentuk penggandaan berentak iaitu pengulangan vokal, pengulangan konsonan dan bebas.  


Pengulangan Vokal 
    
 Contoh : 💎 kuih-muih
                💎 lauk-pauk
                💎 selok-belok


 Pengulangan Konsonan 
Contoh : 💡 gopoh-gapah
               💡huru-hara
               💡mandi-manda

 Bebas 
   
Contoh : 📌 ipar-duai
               📌 kusut-masai
               📌 tungkus-lumus




🍓😁😁😁🍓




BAB 3

Proses Pembentukan Kata


Peristilahan kata umum Bahasa Melayu

Mana-mana kata umum dalam bahasa Melayu (termasuk kata dari dialek kawasan atau bahasa lama boleh dijadikan istilah dengan syarat:

1) Kata berkenaan tepat memberi makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang dimaksudkan.

2) Kata yang dipilih adalah yang paling singkat (sekiranya ada sekelompok sinonim).
   Contoh:
   • hospital dan rumah sakit, dipilih hospital
   • fisiologi dan kaji tugas organ, dipilih fisiologi.

3) Kata berkenaan tidak mempunyai konotasi buruk atau sebutan sumbang.



Unsur dan Proses tatabahasa dalam peristilahan

 Penggunaan Kata Akar/Bebas

Istilah dapat dibentuk daripada kata akar (yakni kata bebas).

  Misalnya: gaya,sudut, kaji, rumpuk, watt, volt, asid.

  Proses Pengimbuhan

Susunan istilah berimbuhan menunjukkan pertalian yang tersusun antara bentuk dan maknanya. 

• Susunan itu hendaklah dimanfaatkan dalam pembentukan istilah yang berbeza-beza.




  Proses Penggandaan

Istilah yang mengungkapkan konsep keanekaan, kemiripan (kecil), kumpulan, atau kejamakan dapat dibentuk dengan penggandaan. 

•Contoh : 


     ⤑ kacang kacang-kacang 


     ⤑ jari jejari 


     ⤑ rumput rerumput

  Proses Penggabungan

Istilah yang berupa gabungan kata sedapat-dapatnya berbentuk singkat. 

•Contoh : 


     ⇰ Meja tulis 


     ⇰ Kerjasama 


     ⇰ Kapal korek



Istilah singkatan dan lambang

1. Singkatan

•Istilah singkatan terbentuk dengan empat cara melalui penggunaan: 

(a) Menggugurkan satu bahagian atau lebih daripada dasarnya.
       contoh : lab (oratory) 

(b) Menyingkatkan huruf ejaan, tetapi sebutannya seperti bentuk lengkap.
        contoh: cm – sentimeter 

(c) Menggabungkan suku kata atau bahagian kata.
       Contoh : tadika / cerpen/ kugiran 

(d) Menggabungkan huruf pangkal setiap kata, istilah begini dipanggil akronim. 
       Contoh : JKR (Jabatan Kerja Raya) / TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia).


2. Lambang Huruf dan Bilangan

⇏   Lambang huruf dan bilangan ialah singkatan khusus berdasarkan kebiasaan yang terdiri daripada satu huruf atau lebih tanpa titik di belakangnya, dan digunakan untuk menandai sesuatu konsep. 


  Nama dan lambang unit mengikut System International d’Unites (SI) (Sistem Unit Antarabangsa).





3. Lambang Gambar

➤   Konsep dapat dinyatakan oleh lambang yang berupa gambar. 

➤ Pembentukan dan penggunaan lambang gambar harus mengikuti peraturan yang disahkan       oleh bidang masing-masing. 

       Contoh : 
                      • jantan ♂ 
                      • matahari ☼
                      • omega Ω




Kaedah pengejaan istilah Pinjaman

1. Jenis Ejaan

Ejaan Grafemik 
  •  Ejaan rumi 

Ejaan Etimologi / Asal

  • Jika timbul kekaburan seperti istilah yang sama sebutan dan ejaan seperti media massa, kedua-dua sekali dikekalkan dalam massa supaya tidak timbul kekeliruan dengan masa. 
Ejaan Transliterasi 
  • Contoh transliterasi Arab : bismillahirrahmanirrahim. 

Ejaan Transkripsi 
  • Istilah asing yang diserapkan ke dalam bahasa Melayu tanpa diterjemahkan seperti; 

💖 bureau – biro 
💖 police – polis 
💖 ambulance - ambulans

2. Penyesuaian Ejaan

istilah asing yang pengucapannya sudah sebati dalam bahasa Melayu seperti; pencen, stesen tidak  diubah.


ᗚ istilah asing yang belum sepenuhnya terserap ke dalam bahasa Melayu seperti landrover, ad hoc dikekalkan seperti dalam bahasa sumber.

istilah yang baru dipinjam dan belum sebati daripada segi sebutan dan ejaan dilakukan dengan cara mengubah unsur yang perlu saja supaya bentuk ejaan asal masih terlihat seperti: 
•haemoglobin = hemoglobin, 
•automatic = automatik


3. Penyesuaian Ejaan Imbuhan Asing

Pada pihak lain imbuhan asing dapat diserap sebagai imbuhan yang boleh pula digunakan untuk pembentukan istilah lain. 

Daripada satu pihak, imbuhan asing dapat dianggap sebagai sebahagian daripada kata istilah yang hendak diserap. Ia jarang dianggap sebagai imbuhan. 
Contoh:
            •Aktif 
         

            •Primer 
            •antropologi.
            •inframerah
            •Prasejarah
            •semivokal

4. Gugus Konsonan

Gugus konsonan yang dimiliki bahasa Melayu adalah khusus bagi menulis kata/istilah pinjaman daripada bahasa Inggeris dan bahasa asing lain. Contoh:




😉😉😉

Jumaat, 16 Februari 2018

BAB 2


Sistem Ejaan Dan Sebutan Baku Bahasa Melayu



PENGENALAN

Sistem ejaan Bahasa Melayu sekarang mula digunakan pada tahun 1972, berkat peranan Jawatan kuasa Tetap Bahasa Melayu di bawah Dewan Bahasa dan Pustaka yang ditugaskan menyusun pedoman ejaan Rumi negara ini.

dalam Bahasa Melayu, terdapat 26 abjad yang digunakan dalam sistem tulisan Rumi. Lima abjad terdiri daripada  vokal, iaitu a, e, i, o dan u. Ada dua variasi bagi fonem [e], iaitu e taling dan e pepet.

terdapat tiga bentuk diftong, iaitu [ai], [au], dan [oi]. Fonem-fonem ini terkandung dalam perkataan Bahasa Melayu asli dan kata pinjaman. Dalam sistem tulisan pula, fonem-fonem diftong boleh di bahagian awal, tengah, ataupun akhir perkataan.


Bunyi dan huruf

➤Abjad – 26 abjad 
➤Vokal – 6 [ a/ e pepet/ e taling/ i/ o/ u ] 
➤Konsonan – 20 
➤Diftong – 3 [ ai au oi ] 
➤Digraf – 5 [ kh gh ng ny sy ] 


Pola keselarasan vokal

18 pola keselarasan vokal :




                            




Ejaan kata pinjaman

a) Penyesuaian huruf-huruf konsonan tertentu
    ❣ cc- ks access menjadi akses
    ❣ x- ks express menjadi ekspres

b) Pengguguran satu daripada gabungan huruf konsonan yang sama
    ❣ ff- f traffic menjadi trafik

c) Penyesuaian huruf bagi gabungan dua huruf vokal
    ❣ oo-u boot menjadi but

d) Pengekalan gugus konsonan dalam bahasa Inggeris dengan penyesuaian
    ❣ block menjadi blok
    ❣ draft menjadi draf

e)Huruf g yang diucapkan sebagai [j] menurut sebutan BI ditulis sebagai g dan disebut sebagai     [g]
    ❣ generation menjadi generasi
    ❣ agent menjadi agen

f) Kata yang asalnya berakhir dengan –sion, -sional, -tion, -tional menjadi -si, -sen, -syen, -       sional
     ❣ lotion menjadi losen; section menjadi seksyen

g) Pengekalan kata yang berakhir dengan –ism
     ❣ nationalism menjadi nasionalisme

h) Pengejaan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris yang telah mantap
    ❣ pencil menjadi pensel
    ❣ action menjadi aksi
    ❣ dial menjadi dail




Penulisan kata sendi nama
 Kata sendi nama ialah perkataan yg hadir di hadapan frasa nama.Kt sendi mempunyai tugas yang berlainan dan kehadiran dalam ayat sering disalahgunakan. Antaranya:-


a) Kata sendi nama di

- kata sendi nama di digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yg menunjukkan tempat seperti: 1) di sekolah 2) di jalan
- Tidak boleh menerangkan waktu, masa atau zaman.
- Contoh :
🚩 Di pagi hari (salah)
     Pada pagi hari (betul)

🚩Di kurun ke-15 (Salah)
    Pada kurun ke-15 (betul)


🚩Di zaman itu (Salah)
    Pada zaman itu (betul)

b) Kata sendi nama ke
-Kata sendi nama ke digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah dan waktu atau masa.
-Ke tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan manusia atau binatang.
-Contoh :
🚀Ke pihak polis (salah)
    kepada pihak polis (betul)

🚀ke Ali (salah)
    kepada Ali (betul)

c) Kata sendi nama dari
-Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yg menyatakan arah, tempat dan waktu atau masa
-Contoh :

🍃Bertiup daripada selatan
    (Bertiup dari selatan)

🍃Daripada kiri ke kanan
    (Dari kiri ke kanan)

🍃Daripada pukul 10.00 pagi
    (Dari pukul 10.00 pagi)

d) Kata sendi nama daripada
-Kata sendi nama daripada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber, atau unsur perbandingan.
-Contoh :

🔔Pemain sarkas itu menerima bola daripada beruangnya.
🔔Sumbangan daripada kerajaan sudah diterima.
🔔Lebih baik Ahmad daripada Ali.

e) Kata sendi nama kepada
-Hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yg merujuk manusia, haiwan, unsur mujarab dan perubahan keadaan.
-Contoh :

🔰Ke kerani itu (salah)
    Kepada kerani itu (betul)
🔰Ke orang tuanya (salah)
    Kepada orang tuanya (betul)
🔰Ali mengirim surat ke abangnya (salah)
    Ali mengirim surat kepada abangnya (betul)
🔰Dari semasa kepada semasa (salah)
    Dari semasa ke semasa (betul)



Penggunaan tanda baca

 Tanda baca noktah (.)

- berakhirnya sesuatu ayat.
- digunakan utk menyatakan singkatan.
- Contoh : Hj. ,Prof. ,Y.B ,Abd.

2) Tanda baca sempang (-) 
sebagai tanda kata ganda
- Contoh : rumah-rumah,pemimpin-pemimpin, berlari-lari, gunung-ganang.
antara ke dengan angka
 - Contoh : ke-10, ke-100

antara angka yang merujuk tahun dengan akhiran –an
 - Contoh : tahun 20-an, tahun 50-an
Antara huruf kecil dengan huruf besar 
- Huruf besar iaitu merujuk kapada tuhan atau nama khas.
- Tanda sempang ini digunakan untuk memisahkan huruf besar dgn huruf kecil.
- Contoh: Hamba-Mu, Rahmat-Nya, Pro-Malaysia, Pan-Malaysia.


3) Tanda baca seru (!)

- Tanda seru hadir di akhir ayat seruan.
- Salah sekiranya tanda seru diletakkan selepas kata seru.
- Contoh yang salah :
   Wah! cantiknya baju itu.
   Aduh! sakit kakiku.
- Sepatutnya, Wah, cantiknya baju itu!


Penulisan kata ganti nama singkat
🎈4 singkatan kata ganti nama – kau, ku, mu,nya
🎈Contoh: kulihat, kusedari, kautulis, kausedari
🎈Mu dan nya bagi nama Tuhan dieja menggunakan huruf besar pada huruf pertama dan ditulis      dengan menggunakan tanda sempang
🎈Contoh: Ampunilah hamba-Mu ini, ya Tuhan dan Mereka memohon rahmat-Nya.




Penulisan partikel
🍩4 partikel = -lah, -kah, - tah, & -pun
🍩Partikel –lah, -kah, & –tah ditulis serangkai dengan kata dasar yang mendahuluinya.
🍩Contoh: berilah, diakah, manatah
🍩Partikel -pun bagi maksud juga, lalu atau terus ditulis terpisah daripada kata sebelumnya.
🍩Contoh: Jika dia berjaya, saya pun akan berjaya
🍩Partikel -pun ditulis serangkai dengan perkataan yang telah ditentukan iaitu:
    adapun, sekalipun, walaupun, lagipun.



Penulisan kata berimbuhan

                      



Awalan kata nama
1. peN- (pe-, pem-, pen-, peng-, penge-) 
2. pe- ( tidak melibatkan sebarang perubahan bunyi seperti:- pe + suruh =pesuruh) 
3. peR- (tidak produktif dan tidak melibatkan sebarang perubahan bunyi pada awal kata dasar        seperti:- peR + tapa = pertapa)
4. ke- ( hanya bergabung dengan beberapa perkataan sahaja dan tidak melibatkan perubahan          huruf pada kata dasar seperti:- ke + tua = ketua, ke + kasih= kekasih) 
5. Juru ( awalan juru mendukung makna ahli @ org yg t,libat secara langsung degan pekerjaan      yang didukung seperti:-
- bahasa = jurubahasa 
- jual = jurujual 
- tera = jurutera


Awalan kata kerja
1. meN- ( me-, mem-, men-, meng-, menge-) 
2. beR- ( awalan ini bergabung dengan kata dasar untuk membentuk kata kerja tak transitif              seperti:- bercukur, berlari ) 
3. teR- ( awalan ini bergabung dengan semua golongan kata dasar untuk membentuk kata kerja      transitif, kata kerja transitif pasif dan kata kerja tak transitif seperti:-  
- saya terpijak kaca itu (k.k transitif) 
- kaca itu terpijak oleh saya (k.k transitif pasif) 
- budak itu terjatuh ke dalam longkang (k.k tak transitif) 
4. mempeR- ( awalan ini bergabung dengan kata nama, kata adjektif dan kata tugas utk             membentuk k.k.transitif aktif seperti:-  
- memperalat kawannya. 
- memperluas bilik darjah  
- memperoleh hasil

5. di- (awalan ini bergabung dengan kata dasar untuk membentuk k.kerja ayat pasif yang     subjeknya terdiri daripada org ke-3 seperti:- 
- dibunuh oleh perompak itu. 
- dipukulnya 
6. dipeR- (awalan ini bergabung dengan kata nama, kata adjektif dan kata tugas untuk       membentuk kata kerja pasif diri ke-3 seperti :- 
  • diperkawan.
  • diperbanyak.
  • diperoleh.

    Awalan kata adjektif   

- awalan yang membentuk kata adjektif terbitan ialah teR- dan se- seperti:- 

terbaik (bermaksud paling baik) 

sebijak (bermaksud sama bijak)



Akhiran kata nama

🍑 Membawa makna hasil daripada melakukan maksud yang terkandung dalam kata dasar seperti kritikan (hasil menkritik), tulisan (hasil menulis). 

🍑 Membawa makna kawasan @ bidang yang luas seperti lautan (laut yang luas), lapangan (kawasan lapang yang luas) 

🍑 Membawa makna yang banyak seperti barangan 

🍑 Membawa makna org @ haiwan @benda yang menjadi penderita kerja seperti:-
  • Tahanan (org yg ditahan), 
  • Buruan (org @ haiwan yang diburu) 
  • Minuman (benda yang diminum) 

🍑 Membawa makna sesuatu yang mempunyai sifat yang terkandung dalam kata dasar seperti     manisan (sesuatu yang mempunyai sifat manis). 

🍑 Membawa makna tempat melakukan sesuatu seperti kurungan (tempat untuk mengurung) 

🍑 Membawa makna ukuran @kiraan seperti bulanan dan jutaan.


Akhiran kata kerja

👾 Terbahagi kepada 2 iaitu -i dan –kan 

👾 Kedua2 imbuhan akhiran ini membentuk kata kerja transitif. 

👾 Imbuhan akhiran ini hanya hadir dalam 2 ayat sahaja iaitu:- 

👾 Ayat pasif bagi kata ganti nama orang pertama dan orang kedua. Contohnya:-
    i) Kereta yang rosak itu akan saya baiki.
    ii) Masalah itu kamu selesaikan sendiri. 

👾 Ayat suruhan. Contohnya:-
    i) Ikutilah rancangan kami setiap hari.
   ii) Ceritakan rahsia itu kepada saya.

Apitan kata nama

💜 peN-…-an (pe-…-an, pem-…-an, pen-…-an, peng-…-an dan penge-…-an) 

💜 Pe-…-an (jumlah kata terbitan ini adalah terhad, membawa 2 makna iaitu menunjukkan tempat      seperti petempatan dan menunjukkan makna hal keadaan yg terkandung dalam kata dasar seperti peperangan. 

💜 peR-…-an (apitan ini boleh b,gabung dengan semua kata dasar)
   - membawa makna tempat seperti perairan dan perhentian.
   - membawa makna hal yg berkaitan dgn kata dasar@hasil daripada melakukan maksud k.dasar spt;-
i) persengketaan = hal bersengketa
ii) pertuturan = hasil bertutur 

💜 Ke-…-an (biasanya apitan ini bergabung dengan kata dasar daripada k.nama, k.kerja dan k.adjektif utk membentuk kata nama yang bersifat abstrak seperti kejujuran, kementerian dan ketidak adilan.


Apitan kata kerja

💨 meN-…-kan (membentuk k.kerja transitif aktif drpd semua gol k.dasar). Membawa 3 mkna iaitu:-
- membuat sesuatu yg terkandung dalam kata dasar seperti menceritakan, merundingkan.
- membawa mksud kausatif @ menyebabkan seperti mengindahkan, menaikkan dan mendirikan.
- membawa makna benefaktif @ manfaat seperti:-
Mencarikan = mencari untuk
Membawakan = membawa untuk 

💨 beR-…-kan (membentuk k.kerja tak transitif). Akhiran -kan dalam apitan ini ialah kependekan kata sendi nama “akan” yang mewakili kata sendi nama yang lain seperti dengan, pada dan tentang. Contohnya:-
-berdasarkan bukti = berdasar pada bukti
-bersenjatakan pistol = bersenjata dengan pistol
-bertanyakan khabar = bertanya tentang khabar 

💨 beR-…-an (membentuk kata kerja tak transitif).Membawa 3 makna iaitu:-

- membawa makna “banyak yg berlaku” seperti:-
 ⇻berterbangan = banyak yg terbang
 ⇻Berguguran = banyak yg gugur 

- membawa makna perbuatan antara 2 pihak @ bersalingan seperti:-
Bertembakan = saling menembak
Bersalaman = salam bertukar salam 

- membawa makna berulangan, berterusan @berpanjangan seperti:-
➸berdebaran dan berkibaran 

💨 di-…-kan (apitan ini ialah bentuk pasif bagi meN-…-kan) contohnya:-
- melakukan (aktif) = dilakukan (pasif)
- memerlukan (aktif) = diperlukan (pasif) 

💨 meN-…-an ( membentuk kata kerja transitif aktif daripada kata-kata dasar dalam semua golongan dan membawa makna lokatif) - akhiran -i boleh mewakili kata sendi nama di, pada, kepada, untuk, akan, terhadap dan daripada. Contohnya:- 🌾Membanjiri = menjadi banjir di
⇻Memagari = menjadi pagar pada
⇻Menghadiahi = memberikan hadiah kepada
⇻Membiayai = mengadakan biaya untuk
⇻Mencintai = cinta akan
⇻Mencurigai = curiga terhadap 

💨 di-…-i ( merupakan bentuk pasif bagi meN-…-i) contohnya:-
⇻menemui (aktif) = ditemui (pasif)
⇻memagari (aktif) = dipagari (pasif)
⇻menyakini (aktif) = diyakini (pasif)
⇻melalui (aktif) = dilalui (pasif)

💨 mempeR-…-kan (umumnya apitan ini membentuk kata kerja transitif aktif daripd kata nama dan kata kerja. Ia tidak boleh diimbuhkan dengan kata adjektif dan membawa 2 makna iaitu:-
-Makna kausatif iaitu menjadikan @ menyebabkan spt:-
➜Mempertanggungjawabkan = menjadikan bertanggungjawab.

➜Memperhentikan = menyebabkan berhenti
- Makna menyebabkan orang lain melakukan perbuatan yang terkandung dalam maksud kata kerja seperti :-
➜Memperkenalkan = menyebabkan orang mengenal
➜Mempertontonkan = menyebabkan orang menonton 

💨mempeR-…-i ( membentuk kata kerja transitif aktif daripada kata2 yang pada umumnya kata kerja tak transitif berawalan beR-. Contohnya:-
➜Bersenjata= mempersenjatai
➜Belajar = mempelajari
➜Beringat = memperingati

💨 ke-…-an (apitan ini membentuk k.kerja dlm ayat pasif). Contohnya kehujanan, ketinggalan, kepanasan. 

💨 dipeR-…-kan (merupakan bentuk pasif bagi mempeR-…-kan). Contohnya:-
➸mempertikaikan (aktif) = dipertikaikan (pasif)
➸mempersendakan (aktif) = dipersendakan (pasif)
➸Mempertemukan (aktif) = dipertemukan (pasif)
➸Mempelbagaikan (aktif) = dipelbagaikan (pasif) 

💨 dipeR-…-I (merupakan beentuk pasif bagi mempeR-…-i). Contohnya:-
➸memperingati (aktif) = diperingati (pasif)




Apitan kata adjektif 

🍧Hanya melibatkan ke-…-an. 

🍧Membawa makna “bersifat seperti” yang tersebut pada kata dasar.

🍧Contohnya:
  • kemelayaan = bersifat melayu 
  • kebaratan = bersifat org barat
  • Sisipan kata nama

🐓Sisipan yang membentuk kata nama ialah -el-, -er-, dan -em-. 

🐓Membawa maksud sesuatu yang mempunyai ciri yang terkandung dalam kata dasar.

🐓Contohnya:-
  • kemumur = kelemumur 
  • kuping = keruping 
  • kuncup = kemuncup
  • Sisipan kata adjektif
🍒Bentuk-bentuk sisipan kata adjektif ialah -em-, -el-, -er- dan -in-.

🍒Contohnya:-
  • Guruh = gemuruh 
  • Serak = selerak 
  • Godak = gerodak 
  • Sambung = sinambung
  • Sisipan kata kerja
👚Berdasarkan bahasa Melayu, tiada sisipan yang berlaku tetapi kata nama dan kata adj yg bersisipan boleh menjadi kata kerja melalui proses pengimbuhan.

👚Contohnya:-
  • - kelupas = berkelupas 
  • - kelemumur = berkelemumur 
  • - keruping = berkeruping

Penulisan kata ganda

💎Penulisan bagi perkataan bentuk kata ganda hendak menggunakan tanda sempang ( - ).

💎Contohnya seperti :-◦daun-daun, bergoyang-goyang, kejar-mengejar, serba-serbi


Dalam bahasa Melayu, proses pembentukan kata banyak melibatkan pengimbuhan. Terdapat kesalahan seperti:

1) Tidak menggunakan imbuhan.

💢 Ayat dalam bahasa melayu terbentuk dengan frasa kerja.
💢 Dalam frasa kerja, kata kerja merupakan kata utama.
💢 Namun, ada kata kerja yang tidak menggunakan imbuhan seperti:-

a) Mereka jalan ke sekolah (salah)
    Mereka berjalan ke sekolah (betul)
b) Dia hendak beli buku (salah)
    Dia hendak membeli buku (betul)
c) Ali bawa ikan (salah)
    Ali membawa ikan (betul)

2) Menggunakan imbuhan yang salah 

💦 Menggunakan peraturan penggunaan yang salah contohnya:-
# Pekerja-pekerja baharu sedang menjalankan kursus – digantikan dengan menjalani.
# Mereka berbincang perkara itu – digantikan dengan membincangkan.
# Kami menumpu perhatian kepada persoalan itu – digantikan dengan menumpukan. 

💦 Kesalahan dari segi awalan meng-
# awalan menge- merupakan variasi awalan meng-, iaitu digunakan dengan perkataan2 satu suku kata.
# kesalahan berlaku apabila menggunakan awalan meng- dan tidak awalan menge-. Contohnya:-
- mengsahkan (salah) = mengesahkan (betul)
- mengbom (salah) = mengebom (betul)

3. Tidak sedar bentuk itu imbuhan  

💣Ramai tidak menyedari bahawa bentuk2 seperti -juru-, maha-, pro-, -pra- dan sebagainya merupakan awalan.

💣Ditulis terpisah dengan kata dasar.

💣Contohnya :-
  • Juru jual (salah) = Jurujual (betul) 
  • Maha siswa (salah) = Mahasiswa (betul) 
  • Pro komunis (salah) = Prokomunis (betul) 
  • Pra sejarah (salah) = Prasejarah (betul) 
  • Tata susila (salah) = Tatasusila (betul) 
  • Eka bahasa (salah) = Ekabahasa (betul)


4. Perbezaan ant apitan peN-…-an dengan peR-…-an

😀Terdapat perbezaan antara kedua-duanya.

😁Ada perkataan yang dapat menerima kedua-duanya,ada yang hanya dapat menerima salah satu       daripadanya.

😀Kesalahan berlaku apabila pilihannya tidak tepat.

😁Contohnya :-
  • Perlantikan (salah) = pelantikan (betul) 
  • perlaksanaan (salah) = pelaksanaan (betul) 
  • pelumbaan (salah) = perlumbaan (betul) 
  • pejuangan (salah) = perjuangan (betul)

BAB 8

BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN Apakah maksud Kesantunan Bahasa? -Santun  : halus, beradap, sopan.  -Kesopanan : perihal (sifat dsb) san...