Rabu, 21 Mac 2018

BAB 8

BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN

Apakah maksud Kesantunan Bahasa?


-Santun : halus, beradap, sopan. 
-Kesopanan: perihal (sifat dsb) santun, kesopanan, kehalusan (budi bahasa atau budi pekerti)

-Berdasarkan Kamus Dewan Edisi ke4 


Konsep Kesantunan

👉Kesopanan dan kehalusan ketika menggunakan bahasa, baik dalam bentuk lisan mahupun dalam bentuk tulisan. 
👉Merangkumi aspek-aspek seperti pemilihan kata yang digunakan ketika bertegur sapa(bahasa sapaan), nada, gerak laku dan gaya yang digunakan semasa berkomunikasi.




Kesantunan Verbal

👉Kesantunan berbahasa daripada segi verbal merujuk kepada percakapan, lisan dan pertuturan. 
👉Dalam percakapan, seseorang perlu bersikap santun, iaitu sikap yang berkait rapat dengan upaya untuk melakukan penyesuaian penggunaan kata atau ungkapan yang sesuai dengan situasi. Penyesuaian tersebut sebenarnya digunakan untuk menjaga wajah yang berfungsi sebagai kehormatan seseorang 
👉Terdapat lima jenis komunikasi lisan atau verbal yang lazimnya melibatkan perbincangan, pembentangan, ucapan, mesyuarat dan perbualan.



Ciri-Ciri Kesantunan Verbal :
👦Penggunaan Bahasa Halus 
👉Contoh: Terima kasih, selamat pagi, jemput dudk, minta kerjasama dsb. 
👦Penggunaan Kata Ganti Nama 
👉Contoh: Kata ganti nama diri pertama (saya), Kata ganti nama kedua (beliau), dan kata ganti nama ketiga (mereka).




Kata Ganti Nama Bahasa Diraja
→Kata Kekeluargaan 
👉Contoh: anakanda, ayahanda, bonda, kakanda, adinda. 
→Kata Ganti Nama Diri :

→Kata Ganti Nama Diri Pertama
👉Contoh: Beta, Patik
→Kata Ganti Nama Diri Kedua
👉Contoh: Tuanku
→Kata Ganti Nama Diri Ketiga
👉Contoh: Patik, Baginda, Tuanku, Duli Tuanku, Duli Yang Maha Mulia


Kata Ganti Nama Orang Kebanyakan
➦Kata Ganti Nama Diri Keluarga 
👉Contoh: Long, Ngah, Lang, Cik, Andak, Teh, Busu. 
➦Gelaran Keluarga 
👉Contoh: Pak Long & Mak Long, Pak Ngah & Mak Ngah. 
➦Gelaran Pergaulan Biasa 
👉Contoh: Cik, Puan, Encik. 
➦Gelaran Pergaulan Formal 
👉Contoh: Tuan, Puan, Encik, Cik, Saudara, Saudari.

➦Gelaran Warisan
👉Contoh: Raja, Tunku/ Ungku, Tuanku.
➦Gelaran Anugerah
👉Contoh: Tun, Tan Sri, Datuk, Datuk Seri, Datuk Paduka.
➦Gelaran Kurniaan Ikhtisas
👉Contoh: Profesor, Profesor Diraja, Doktor, Cikgu, Duli Yang Maha Mulia, Yang Amat Berhormat .
➦Gelaran Keagamaan
👉Contoh: Haji, Hajah, Labai.
➦Gabungan Gelaran
👉Contoh: Pak Haji, Puan Hajah.


Cara menghormati orang lain melalui percakapan(verbal)
Dalam berkomunikasi seseorang bukan saja menunjukkan siapa dirinya,tetapi juga harus menghormati orang lain. 
Memberi layanan mesra, sopan dan memberi penghormatan kepada orang lain. 
Menghargai pendapat dan percakapan orang lain. 
Tidak memperkecilkan atau merendah-rendahkan kebolehan orang lain. 
Mewujudkan persefahaman. 
Melatih dari supaya berkelakuan sopan. 
Menjaga perasaan orang lain.




Kesantunan Nonverbal
➛Merujuk kepada perbuatan, ekspresi wajah, bahasa tubuh dan isyarat 
➛Konsep kesantunan berbahasa non verbal merujuk kepada semua perlakuan yang tidak menggunakan bahasa lisan untuk menyampaikan mesej yang dapat difahami. 




Fungsi Komunikasi Bukan Verbal :
💍Mengulangi mesej verbal. 
💍Sebagai pengganti komunikasi verbal. 
💍Mengesahkan komunikasi verbal. 
💍Menunjukkan maksud atau keadaan sebenar. 
💍Sebagai pelengkap komunikasi verbal. 
💍Kawal interaksi.




Jenis Kesantunan Bukan Verbal :
💍Pergerakkan anggota badan – dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pergerakkan kepala, tangan dan kaki. 
💍Ekspresi wajah – contohnya air muka, pergerakkan mata, dan senyuman. 
💍Postur badan – contohnya menundukkan badan, cara berjalan, berdiri dengan tangan di poket seluar dan duduk dengan menyilang kaki.



Kesantunan Lisan

Komunikasi lisan :
Dikenali sebagai komunikasi verbal . 
Komunikasi dua hala yang berlaku secara langsung ketika dua orang sedang berbual . 
Kebaikannya : 

  •  Mengeratkan silaturrahim antara sesama manusia 
  • Menjalinkan hubungan peribadi antara dua pihak 
Kesantunan berbahasa ini dapat dilihat dalam aktivti seperti perbualan wawancara, ucapan, pengacara majlis, pengumunan dan arahan dalam perhimpunan,mesyuarat, protocol pertemuan dengan murid, rakan setugas, guru,guru besaratau pengetua, pekerja, ibu bapa, tetamu dan seumpamanya. 
Kesantunan dalam komunikasi lisan melibatkan : 
  • Penggunaan bahasa yang sopan, beradab dan halus 
  • Penggunaan bahasa tubuh yang beradab dan bertatasusila 
Penggunaan bahasa dan gerak balas tubuh badan dapat didengar dan dilihat serta-merta.
Baik budi bahasa kita, baik pula budi bahasa orang yang dilawan bercakap.Buruk budi bahasa kita, buruk pulanya kemungkinannya tindak balas yang kita terima.
Dari segi bahasa , aspek-aspek kesantunan yang perlu diambil perhatian ialah : 
  • Ciri-ciri sebutan yang sempurna menunjukkan sikap yang sopan 
  • Suara dan intonasi yang bersopan ( intonasi merupakan lagu kalimat yang meliputi nada atau tinggi dan rendahnya lagu kalimat, dan dinamik atau keras dan lemahnya lagu kalimat. ) 
  • Pemilihan kata dan ayat yang sopan dan halus 
  • Penggunaan kata sapaan yang betul dan sesuai 
  • Penggunaan system panggilan yang betul 
  • Gaya hidup yang sesuai 
  • Isi perbincangan yang tidak sensitif
Dari segi bahasa tubuh badan, aspek-aspek kesantunan yang perlu diambil perhatian ialah : 
  • Gaya percakapan yang bersopan 
  • Pandangan mata yang sesuai 
  • Gerak laku yang bertatasusila 
  • Mimik muka (ekspresi wajah ) yang positif 
  • Hayunan tangan yang sesuai 
  • Imej sendiri 

Pemilihan kata , ungkapan, ayat dan gaya haruslah sesuai dengan bentuk dan taraf sesuatu majlis atau urusan yang berkenaan.
Dalam semua suasana dan urusan rasmi, kesantunan bahasa haruslah berasaskan ragam bahasa rasmi, iaitu ragam bahasa yang secara maksimumnya mematuhi peraturan-peraturan bahasa baik daripada sudut linguistik, sosiolinguistik mahupun pragmatiknya.
Maksud:
Linguistik – ilmu tentang bahasa atau ilmu yang menjadikan bahasa sebagai objek kajiannya
Sosialinguistik –antardisiplin ilmu yang menghubungkan antara penggunaan bahasa dengan budaya yang mempengaruhinya.




Komunikasi lisan secara formal dan tidak formal mempunyai peraturan yang berbeza dari segi penggunaan bahasa, kata panggilan, kata sapaan dan gerak laku.

➤Sebagai contoh untuk urusan jual beli di pasar atau kedai makan masih perlu dijaga kesesuaian penggunaan kata sapaan dan budi bahasa.


Dalam keadaan itu lebih baik digunakan sahaja sapaan yang neutral seperti ‘cik’ atau ‘saudari’ , ‘encik’ dan ‘saudara’.


➤‘Encik’ dan ‘puan’ lebih wajar digunakan untuk menyapa orang berumur yang tidak kita kenal.


Bahasa yang digunakan perlulah menepati sopan yang berkaitan dengan sistem sosial. 


➤Sebagai contohnya, penggunaan kata ganti dan kata panggilan hormat serta pangkat haruslah menurut sistem yang telah disahkan oleh pihak berkuasa. 


Kata ganti diri ialah perkataan yang digunakan untuk merujuk diri sendiri seseorang. 





Kata Ganti Nama Diri :




Kesantunan Penulisan
⏭Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan idea dan pendapat dalam bentuk lambang-lambang tulisan untuk dibaca atau digunakan pada masa akan datang. 
⏭Kesantunan berbahasa juga dapat dilihat dalam bahan bertulis. 
⏭Komunikasi penulisan melibatkan penggunaan bahasa secara bertulis sama ada dalam situasi rasmi/formal atau tidak rasmi/tidak formal. 
⏭Bentuk komunikasi bertulis secara formal ialah: 
👉Surat kiriman rasmi 
👉Laporan 
👉Kertas kerja 
👉Ucapan rasmi 
👉Pidato 
👉Minit mesyuarat
⏭Bentuk komunikasi bertulis secara tidak rasmi seperti penulisan surat kepada rakan, ahli keluarga, ibu bapa dan lain-lain. 
⏭Dalam bentuk komunikasi bertulis, aspek-aspek yang perlu diberikan perhatian ialah seperti: 
👉Penggunaan kata panggilan yang betul 
👉Kata sapaan yang betul 
👉Gaya bahasa yang betul 
👉Pemilihan kata dan ayat yang sesuai dengan konteks 
👉Isi yang tidak sensitive 
Strategi Kesantunan Negatif / Formal: 
👉Penutur menjaga air muka negatif lawan tutur untuk mempertahankan kebebasan tindakannya. 
👉Biasa berlaku dalam kalangan orang yang belum dikenali, antara atasan dengan bawahan dan antara orang muda dengan orang yang lebih tua. 
Strategi Kesantunan Positif / Keakraban : 
👉Penutur melakukan FTA dengan cara menjaga muka positif pendengar. 
👉Biasa digunakan antara dua orang teman, kenalan atau pihak-pihak yang berhubungan akrab.




Protokol Panggilan Hormat :



Kesantunan Bahasa dengan Teknologi Maklumat

Bahasa merupakan alat untuk berhubung antara anggota masyarakat.

Komunikasi pula dilakukan secara meluas, baik secara rasmi atau tidak rasmi. 

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi pada hari ini banyak mempengaruhi penggunaan bahasa dalam kalangan masyarakat. 


Jika zaman dahulu, akhbar menjadi medium utama yang memartbatkan bahasa, kini penggunaan bahasa telah di aplikasikan dalam pelbagai medium komunikasi seperti, ‘email’, ‘Facebook’, ‘twitter’ dan media massa yang lain. 
Namun, seiring dengan era ledakan teknologi ini, penggunaan bahasa yang betul telah diabaikan oleh generasi kini menyebabkan ramai diantara mereka yang mengagungkan bahasa yang salah tersebut. 


Penggunaan bahasa yang suka membangga diri, memaki hamun, memfitnah, memprovokasi, mengejek dan merendahkan orang lain semakin berleluasa. 


Perkara ini jelas menunjukkan penghakisan budaya ketimuran dan kesantunan berbahasa selain menggambarkan citra dan peribadi bangsa yang negatif.





Teknologi Maklumat dan Komunikasi ?

🌲Komunikasi: 
Proses penukaran maklumat. 


🌲Teknologi komunikasi:
Perkakasan telekomunikasi yang digunakan untuk menyalur dan mengakses maklumatfiber (optik, satelit, telegraf, modem)

🌲Teknologi Maklumat dan Komunikasi: 
Merangkumi aspek teknologi maklumat dan teknologi komunikasi.
Teknologi yang digunakan oleh individu untuk mengumpul data dan menganalisis data menjadi maklumat berguna dan bermakna, serta untuk menghasilkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik, suara, animasi dan maya kemudiannya disebarkan.


Contoh-contoh alat ICT yang dipersalahgunakan pada zaman ini yang menjejakan kesantunan bahasa :









Contoh Kesalahan Bahasa :

☘ Penggunaan Bahasa Rojak



Bahasa rojak semakin berkembang luas dalam kalangan pengguna bahasa iaitu penggunaan Bahasa Melayu yang bercampur aduk dengan Bahasa Inggeris. 
Bahasa rojak dikatakan lebih santai dan tidak begitu formal, sama seperti penggunaan Bahasa Melayu pasar. 
Namun begitu, kesalahan penggunaan bahasa ini akan menyebabkan kecelaruan maklumat yang disampaikan serta memberi kesan kepada pengguna bahasa yang dalam proses belajar. 




 Penggunaan Bahasa yang Tidak Sopan


Berpunca daripada pengaruh media massa dan semakin berleluasa.
Penggunaan kata sapaan yang kasar atau kurang sopan kini telah menjadi kebiasaan di kalangan Facebooker dalam perbualan mereka di Facebook. 
Banyak perkataan yang memang tidak dapat dinafikan lagi, merupakan bahasa yang kasar, mencarut dan tidak bersopan kerap digunakan dalam laman Facebook ini. 
Antaranya ialah “usha”, “giler”, “sekodeng”, “rembat”, “poyo”, “sengkek” dan “beruk”. 
Bahasa sedemikian sering digunakan oleh remaja hari ini dan memang agak sukar untuk orang lain menterjemahkan maksudnya dengan tepat, melainkan kelompok mereka sendiri. 



Penggunaan Tatabahasa yang Salah


👻Ayat-ayat yang terbentuk tidak mematuhi hukum tatabahasa Bahasa Melayu dan kelihatan janggal. 
👻Kesalahan ejaan, tanda baca, dan singkatan huruf.
👻Kesalahan tatabahasa ini akan menimbulkan tanggapan negatif masyarakat yang membacanya terhadap individu tersebut serta menyebabkan individu ini di pulau oleh masyarakat
👻Fenomena ini merupakan unsur perubahan yang dikhuatiri akan mencemarkan nilai-nilai asli dalam Bahasa Melayu.

 📮Penggunaan Bahasa yang Menghina



💎Penggunaan bahasa untuk menghina sesuatu adalah tidak wajar
💎Hinaan ini akan menyebabkan pergaduhan semasa anggota masyarakat apatah lagi hinaan tersebut melibatkan sensitiviti agama, kaum dan bangsa.
💎Keamanan dan keharmonian hidup akan lenyap.
Pelbagai pihak akan terlibat dalam permasalah ini hanya kerana tujuan penggunaan bahasa yang salah.

Implikasi

Penulisan esei pelajar menjadi tidak berkualiti

📓Mutu Bahasa Melayu baku sama ada lisan atau tulisan merosot
📓Ramai pelajar tidak dapat mengusai Bahasa Melayu dengan baik
📓Penyalahgunaan bahasa yang menyebabkan cara penulisan tidak mantap
📓Penggunaan bahasa rojak yang meluas
📓Pelajar keliru antara bahasa rojak dan bahasa yang betul.

Wujudnya salah faham semantik dalam masyarakat

💼Salah faham semantik ialah kesukaran serta kegagalan penyampai dan penerima mesej mentafsirkan kod yang ingin dijelaskan. 
💼Mengganggu komunikasi antara individu yang terlibat 
Berlaku disebabkan perbezaan dialek dan akan menjejaskan bahasa baku 
💼Penulisan dalam laman sosial dan blog menjadi faktor utama.

Kemerosotan Kualiti Bahasa Melayu

📊Perkembangan media elektronik semakin maju dan mampu menghasilkan pengiklanan yang menarik 
📊Kemajuan elektronik yang sedang dicapai ini telah dicemari dengan bahasa-bahasa yang kurang menyenangkan 
📊Bahasa rojak atau bahasa basahan ini telah menjejaskan kualiti bahasa melayu 
📊Penggunaan bahasa rojak ini sukar dikawal kerana tiada peraturan yang dibuat untuk menghalangnya terutamanya di media 
📊Kesannya pada suatu hari nanti, Bahasa Melayu tidak akan dipandang lagi walaupun di negara kita sendiri.

Bahasa Melayu Diperlekehkan

📚Sikap peniaga atau pengiklan yang mengabaikan penggunaan Bahasa Melayu yang betul, tepat dan berkesan. 
📚Soal betul atau salah penggunaan Bahasa Melayu bukan lagi menjadi pertimbangan utama 
Hanya mementingkan bahasa yang digunakan boleh difahami oleh masyarakat 
📚Tahap kesedaran tentang penggunaan Bahasa Melayu yang betul bukanlah suatu agenda yang penting. 
📚Akibatnya, generasi akan menganggap perkara sedemikian tidak perlu diketegahkan menjadi isu dek kerana sudah terbiasa.

Kewujudan budaya plagiarism

📝Sebagai contoh, golongan belia telah menyalahgunakan teknologi sebagai satu cara untuk memudahkan dan menyiapkan kerja sekolah dan assignment mereka dengan meniru, menciplak dan ‘copy dan paste’ maklumat dan hasil kerja orang lain melalui internet. 
📝Hal ini bukan sahaja menjejaskan amalan kesantunan malah ini juga akan mengakibatkan individu yang terlibat tidak melakukan sesuatu tugas dengan hasilnya sendiri. 
📝Kewujudan teknologi internet telah mempengaruhi budaya ilmu dalam kalangan belia, iaitu dari mengambil buku rujukan akademik atau jurnal sebagai rujukan untuk mendapatkan maklumat dalam persiapan tugasan mereka kepada menggunakan internet untuk mendapatkan maklumat dan sumber-sumber untuk menyiapkan tugasan mereka.








~💘💘💘~

BAB 7

LARAS BAHASA


Definisi :
⬻Gaya dan penggunaan sesuatu bahasa.
⬏Gaya merujuk kepada pelisanan dan penulisan.
→Penggunaan merujuk kepada penutur, pendengar, situasi, topik dan tujuan perbincangan.


Perbezaan Laras Bahasa :


 Laras bahasa digunakan dalam 2 ciri iaitu :


Ciri-ciri keperihalan
- Situasi Luaran
- Situasi Persekitaran


Ciri-ciri linguistik
- Aspek Bunyi
- Aspek Perkataan
- Aspek Ayat


Situasi Luaran

maksudnya ialah latar belakang sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa. 
merangkumi struktur sosial dan keseluruhan cara hidup yang menentukan tindak-tanduk anggota masyarakat.


 Situasi Persekitaran

cara penyampaian 
perhubungan sosial dan peribadi 
bahan 
Fungsi sosial


Ciri-ciri Linguistik

⏩ Aspek bunyi 
⏩ Aspek perkataan 
⏩ Aspek ayat


Jenis-jenis Laras Bahasa

Laras Bahasa Biasa 
Laras Bahasa Iklan / Perniagaan 
Laras Bahasa Sains 
Laras Bahasa Media Massa 
Laras Bahasa Rencana 
Larasa Bahasa Undang-Undang 
Laras Bahasa Agama
Laras Bahasa Sukan
Laras Bahasa Sastera / Kreatif
Laras Bahasa Ekonomi
Laras Bahasa Akademik


Laras Bahasa Biasa

Tiada konteks khusus atau melibatkan sebarang bidang ilmu 
Penggunaan dalam perbualan harian 
Tiada istilah khusus 
Struktur ayat adalah mudah, ringkas dan padat 
Kata pinjaman tidak banyak digunakan 
➮Tidak terdapat istilah teknikal 
Bentuk laras bahasa biasa formal digunakan dalam situasi rasmi sahaja 
Bentuk laras bahasa biasa tidak formal menggunakan ciri-ciri bahasa basahan
➮Contoh : Hai Mat ! Nak ke mana tu? Tak singgah dulu?


Laras Bahasa Iklan / Perniagaan

⇒Untuk menyampaikan maklumat berkesan 
⇒Pemberitahuan fakta yang jelas amat dipentingkan 
⇒Ayat ringkas dan pendek (banyak guna kata sifat) 
⇒Sifat bahasa adalah imaginatif dan kreatif 
⇒Penggunaan bahasa retorik 
⇒Tidak mementingkan tatabahasa 
⇒Guna pernyataan tertentu 
⇒Contoh : Percuma, sebiji lampu suluh bermutu tinggi dengan setiap pembelian minyak Unicorn empat liter.


Laras Bahasa Sains

Laras ilmiah, berbahasa moden, bersifat formal dan menidakkan bahasa basahan 
Istilah sains dan teknikal adalah banyak 
Mempunyai sifat intelektual, saintifik, formal dan objektif berdasarkan kajian dan fakta 
Ada istilah pinjaman 
Dibahagikan kepada subbidang seperti laras fizik, biologi, kimia dan teknologi 
Terdapat banyak penggunaan kata nama dan ragam ayat pasif 
Contoh: Apabila akson berada dalam keadaan rehat kepekatan ion pada tiap-tiap sisi selaput itu amatlahberbeza,iaitu selaput itu terkutub.


Laras Bahasa Media Massa

💨Peranan media massa adalah untuk melapor atau menyampaikan berita dengan bahasa yang paling mudah diterima pendengar dan pembaca 
💨Laras media massa tidak mementingkan tatabahasa, seperti imbuhan dan kata hubung.
💨Tiada istilah teknikal dan khusus 
💨Judul berita disampaikan dalam tigabentuk iaitu: 
💨Ringkas, misalnya Kedah Juara TigaPiala 2007;Piala 2007; 
💨Tafsiran, misalnya Peningkatan JumlahTafsiran, misalnya Peningkatan JumlahKenderaan Punca Jerebu.Kenderaan Punca Jerebu. 
💨Petikan,misalnya Jangan PolitikkanPetikan,misalnya Jangan Politik kan Islam Hadhari - PMIslam Hadhari - PM


Laras Bahasa Rencana

⇒Bersifat umum 
⇒Menampilkan berbagai-bagai idea tentang sesuatu isu 
⇒Gaya bahasa mudah difahami 
⇒Melaporkan sesuatu kepada pembaca secara umum ataupun terperinci 
⇒Contoh : Oleh kerana baru dilancarkan, kejayaan model terbaru Proton, ‘Proton Satria GTi’ masih belum dapat diukur. Pelbagai aspek seperti pilihan pembeli, faktor reka bentuk, kemudahan mendapatkan alat ganti dan ketahanannya perlu diambil kira. Model terbaru ini pastinya berhadapan dengan pelbagai rintangan sebelum model ini berkemampuan untuk menguasai pasaran dalam dan luar negara. 


Laras Bahasa Undang-Undang

⇒Teks bersabit dengan perundangan yang mengandung prinsip undang-undang tertentu dan berbentuk akta (bahagian dan seksyen) 
⇒Terdapat istilah khusus yang kebanyakannya dipinjam daripada bahasa Inggeris 
Makna kosa kata berdasarkan intepretasi 
⇒Struktur ayat tidak diutamakan, tetapi kepersisan dan kejelasan dipentingkan 
⇒Bersifat objektif, terperinci, tepat dan padat 
⇒Tiada graf atau gambar 
⇒Binaan ayat adalah panjang 
⇒Contoh : Defenden membantah pada awal prosiding kerana tidak bersetuju dengan cadangan plainitif untuk mengemukakan saksi-saksi yang dikatakan tidak relevan dengan perbicaraan berkenaan. 


Laras Bahasa Agama

#Membincangkan isu agama 
#Ada istilah pinjaman
#Terdapat petikan
#Terdapat tamsil ibarat atau kias ibarat untuk pengajaran
*Contoh: Dari Anas r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Seseorang muslim yang menanam pohon atau tanam-tanaman , lalu sebahagian hasilnya dimakan burung, manusia, atau binatang, maka orang yang menanam itu mendapat pahala


Laras Bahasa Sukan

⇒Menyampaikan maklumat kegiatan sukan 
⇒Bahasa adalah ringkas, bersahaja dan jelas 
⇒Ada istilah aktiviti sukan 
⇒Kosa kata mudah difahami 
⇒Contoh : Perak menjuarai kejohanan bola sepak Piala Malaysia 1998 selepas menewaskan Terengganu dengan jaringan tipis 1-0 di Stadium Nasional malam tadi.


Laras Bahasa Sastera / Kreatif

⇒Laras bahasa terhasil daripada cetusan imaginasi dan pengalaman 
⇒Ada istilah khusus tentang sastera 
⇒Bersifat figuratif (penyimpangan makna daripada bahasa biasa) 
⇒Mementingkan pemilihan diksi berkesan, bahasa tersirat 
⇒Ada unsur seperti metafora(perbandingan-lautan ilmu), kiasan-, imejan, personifikasi Melambai-lambai) dan hiperbola/berlebih-lebihan( 
⇒Bernada puitis dan bersifat komunikatif 
⇒Contoh : Apabila berbicara mengenai kesusasteraan, kita sebenarnya akan membincangkan beberapa aspek seperti tema, kronologi, mesej yang ingin disampaikan, watak dan perwatakan unsur termasuk personifikasi dan metafora.


Laras Bahasa Ekonomi

⇒Berbentuk ilmiah tentang isu ekonomi 
⇒Ada istilah teknikal ekonomi 
⇒Tidak mengutamakan struktur ayat 
⇒Gaya bahasa formal 
⇒Maklumat jelas dan eksplisit 
⇒Fakta berdasarkan bukti data dan statistik 
⇒Contoh: Jumlah dagangan negara melonjak ke tahap yang tertinggi sebanyak RM 880.37 bilion pada tahun 2004, didorong oleh sektor eksport yang turut merekodkan nilai terbesar dalam sejarah ekonomi negara.


Laras Bahasa Akademik

Bersifat ilmiah, formal dan objektif.
Gaya bahasa menunjukkan kematangan dan keintelektualan (berkeupayaan menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan) 
Ada kesempurnaan bahasa (kestabilan, kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan keindahan) 
Istilah bersifat khusus dan sukar difahami oleh orang yang tidak berpendidikan tinggi.
Terdapat penulisan ragam ayat pasif dan ayat majmuk.
Mengutamakan pemaparan, perbincangan dan penghuraian.
Ada format seperti nota kaki, bibliografi dan indeks 
Contoh laras sains dalam bidang biologi : Sel-sel kelenjar kolon merembeskan mukus yang berfungsi dalam melicinkan pergerakan kandungan kolon ke arah rektum. Tidak terdapat enzim yang dirembeskan di bahagian kolon. Cecair yang dirembeskan bersifat alkali.


 Kepentingan Laras Bahasa

Laras bahasa amat penting.
➽Jumlah laras sesuatu bahasa mencerminkan keadaan bahasa itu dan dapat menjadi ukuran maju-mundurnya. 
➽Perbandingan jumlah laras bahasa Melayu sebelum dan sesudah merdeka, misalnya dapat membuktikan hakikat bahawa bahasa Melayu telah mengalami perkembangan yang amat pesat – bertambah dengan pesat. 
➽Penutur-penutur bahasa Melayu sewajarnya mengenali laras-laras utama bahasa Melayu. 
➽Lebih penting mesti tahu membezakan antara laras formal dengan laras tidak formal supaya tidak timbul penggunaan laras yang tidak sesuai dengan situasi tertentu. 
➽Kumpulan pemimpin dan mereka yang terlibat dengan media massa perlu sentiasa peka dengan penggunaan laras yang sempurna kerana kadang kala menjadi teladan. 
➽Laras baru seharus dipelajari sebagai satu kemahiran. – Dicadangkan pada tahap persekolahan lagi.


~💓💓💓~

BAB 6

RAGAM AYAT

Ayat Aktif

⇻Ayat Aktif ialah ayat yang mengutamakan subjek asal dan mempunyai kata kerja berimbuhan awalan me-, mem-, men-, meng- dan menge-


Contoh :
⧪ Ah Seng mengecat dinding rumah.


Ayat Pasif

⥇Ayat Pasif ialah ayat yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan dan menggunakan imbuhan di-

Contoh :
⧪Dinding dicat oleh Ah Seng.


Contoh Ayat Aktif dan Ayat Pasif



Ayat Pasif terbahagi kepada 7 bahagian :


⬌Ayat Pasif dengan imbuhan kata Kerja Pasif di- 
⬌Ayat Pasif dengan Imbuhan kata Kerja Pasif ter- 
⬌.Ayat Pasif dengan Imbuhan kata Kerja Pasif ke- 
⬌Ayat Pasif dengan Imbuhan kata Kerja Pasif ber- 
⬌Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Pertama. 
⬌Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Kedua 
⬌Ayat Pasif dengan Kata Bantu Pasif kena



Ayat Pasif dengan imbuhan kata Kerja Pasif di-,di-...kan, di.... I, diper....kan, diper...i


Contoh ayat:
  • Sampah-sarap itu di bakar oleh ayah. 
  • Roti itu dibeli oleh Hasyim 
  • Aktiviti itu dikelola oleh persatuan Matematik 
  • Pembunuh bersiri itu dikehendaki oleh pihak berkuasa

Ayat Pasif dengan Imbuhan kata Kerja Pasif ter-


Contoh ayat: 

  • Tembok itu terlanggar oleh motosikal. 
  • Susu itu terminum oleh adik.


Ayat Pasif dengan Imbuhan kata Kerja Pasif ke-


Contoh ayat: 

  • Penduduk kampung itu kegelapan sepanjang malam 
  • Peserta kursus pertanian itu kepanasan



Ayat Pasif dengan Imbuhan kata Kerja Pasif ber-


Contoh ayat: 
  • Pinggan itu sudah bersusun 
  • Lantai itu sudah bersapu

Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Pertama.


Contoh ayat: 
  • Emak saya temani ke pasar 
  • Sampah-sampah itu telah kami bakar.

Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Kedua


Contoh ayat: 
  • Masalah itu perlu kalian selesaikan. 
  • Kerja ini perlu anda siapkan .

Ayat Pasif dengan Kata Bantu Pasif kena


Contoh ayat: 
  • Rambutan itu kena kait. 
  • Baju itu kena jahit

Pilihan Jenis Ayat




~😊😊😊~

BAB 8

BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN Apakah maksud Kesantunan Bahasa? -Santun  : halus, beradap, sopan.  -Kesopanan : perihal (sifat dsb) san...