Asal usul Bahasa Melayu
➱ Bahasa sering dikaitkan dengan salasilah bangsa. Asal usul orang Melayu, iaitu penutur asli bahasa Melayu amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan lebih mendalam.
➱ Walau bagaimanapun, kita dapat mengetahui secara kasar latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno melalui sejarah dan penceritaan nenek moyang orang Melayu.
➱ Beberapa
teori telah mengatakan bahawa penutur bahasa Melayu berasal daripada golongan
manusia yang diberi nama Austronesia. Mereka datang dari daerah Yunan dan
menjelajah ke Selatan.
➱ Orang
Melayu dikatakan datang ke kepulauan Melayu menerusi 3 gelombang yang utama
iaitu Melayu Negrito ⤏ Melayu
Proto ⤏ Melayu
Deutro
Teori Asal Usul Bahasa Melayu
Terdapat beberapa pendapat tokoh pengkaji mengenai asal usul bahasa Melayu. Antaranya ialah :
Robert Von Heine Geldern (Sarjana Austria)
➵ Beliau menemui kapak tua ynag diperbuat daripada batu di sekitar hulu sungai Brahmaputra, Irrawaddy, Salween, Yangtze dan Hwang. Beliau juga menemui kapak yang mempunyai bentuk dan jenis yang sama di beberapa tempat di kawasan Nusantara. Geldern membuat kesimpulan bahawa kapak tua tersebut dibawa oleh orang Asia tengah ke kepulauan Melayu ini. Walau bagaimana pun teori ini dianggap lemah dan ditolak kerana kapak-kapak ini telah dijumpai di Amerika dan Eropah pada zaman yang sama.
Hendrick Kern (1889)
➵ Beliau merumuskan Bahasa Melayu adalah berasal daripada satu bahasa induk yang ada di Asia. Beliau juga mengkaji beberapa perkataan yang digunakan seharian antaranya tebu, nyiur, buluh, bambu dan lain-lain. Beliau mendapati bahawa perkataan perkataan ini juga digunakan di Pulau Madagaskar, Filipina, Taiwan dan beberapa pulau lain di Lautan Pasifik hingga ke pulau Pass di Amerika sama dengan perkataan yang terdapat di Champa, Chochin Cina dan Kampuchea.
Asmah Hj. Omar (1988)
➵ Beliau menyokong teori Hendrick Kern, namun beliau menyatakan bahawa proses migrasi atau perpindahan mereka tidak sekali gus dan tidak juga melalui satu jalan sahaja. Ada yang melalui jalan darat (tanah semenanjung), jalan laut barat melalui Lautan Hindi dan ada yang melalui arah Timur, iaitu melalui Laut China Selatan.